Subseksyen ini menerangkan proses melengkapkan profil MyNext, bermula dengan pendaftaran akaun sehingga pelaksanaan penilaian psikometrik. Pengguna perlu mendaftar menggunakan alamat e-mel yang sah, melengkapkan maklumat peribadi dan sekolah dengan tepat, serta memastikan profil yang dikemas kini adalah lengkap dan tepat. Langkah ini penting bagi memastikan keputusan penilaian yang diperoleh adalah lebih tepat dan relevan.
Setelah melengkapkan profil, pengguna akan menjalani dua penilaian utama dalam MyNext, iaitu:
Penilaian Minat Kerja (RIASEC) – Mengenal pasti minat kerjaya berdasarkan enam jenis personaliti dan persekitaran pekerjaan.
Penilaian Personaliti dan Motivasi (OCEAN) – Membantu memahami ciri personaliti, motivasi serta kecenderungan individu dalam persekitaran pembelajaran dan pekerjaan.
Setelah semua penilaian diselesaikan, keputusan boleh diakses dan dimuat turun melalui bahagian "My CV". Laporan yang dijana merangkumi skor penilaian, penerangan mengenai kekuatan dan kecenderungan individu. Maklumat ini boleh dijadikan panduan dalam merancang laluan pendidikan, pembangunan kemahiran dan perancangan kerjaya pada masa hadapan.