Tentang kursus ini:
PAYA BESAR ENVIRONMENTAL, SOCIAL, AND GOVERNANCE (ESG) LEADERSHIP WARRIORS 2026
Paya Besar Environmental, Social, and Governance (ESG) Leadership Warriors 2026 merupakan sebuah program pembangunan kepimpinan belia yang dirangka bagi memperkasa generasi muda dengan pengetahuan, kemahiran dan perspektif yang relevan dalam menghadapi perubahan dunia masa hadapan.
Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif Paya Besar ESG Talk di bawah kerangka Paya Besar Sustainability 2035 (PBS2035). Sejak tahun 2023, inisiatif ini telah membina sebuah ekosistem yang melibatkan 149 alumni daripada 11 buah sekolah menengah di Paya Besar. ESG Leadership Warriors 2026 meneruskan perjalanan tersebut dengan membawa peserta daripada peringkat kesedaran kepada pembangunan keupayaan diri, kepimpinan dan kesediaan untuk mencipta impak yang bermakna.
Melalui empat sesi pembelajaran yang disusun secara berstruktur, peserta akan meneroka hala tuju pendidikan dan kerjaya, membina kecerdasan budaya serta etika profesional, memahami kepentingan kelestarian dan ekonomi hijau, serta memperoleh inspirasi daripada pengalaman dan perjalanan seorang saintis Malaysia. Kandungan setiap sesi dirangka bagi memperluas perspektif peserta serta membantu mereka memahami potensi dan peranan masing-masing dalam membentuk masa hadapan.
Pembelajaran melalui kursus ini disampaikan menerusi perkongsian bersama penceramah dan individu berpengalaman dalam bidang berkaitan. Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memperoleh perspektif berasaskan pengalaman sebenar, memahami aplikasi pengetahuan dalam pelbagai konteks serta membuat refleksi terhadap pembelajaran yang diperoleh sepanjang program.
Kursus ini merangkumi pembelajaran tentang:
Selepas mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
Pengenalan kepada TalentCorp dan Platform MyMahir
Kajian Impak AI MyMahir
Sesi ini memperkenalkan peserta kepada platform MyMahir serta Kajian Impak Kecerdasan Buatan (AI), Pendigitalan dan Ekonomi Hijau yang dijalankan oleh TalentCorp. Peserta akan meneroka perubahan trend tenaga kerja, mengenal pasti pekerjaan kritikal dan pekerjaan baharu yang semakin mendapat permintaan, memahami kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan masa hadapan, serta menggunakan maklumat dan data daripada MyMahir bagi menyokong pemilihan pendidikan dan perancangan kerjaya yang lebih tepat dan berinformasi.
Share course with your friends
#We will send the best deals and offers to your email.